Polis berkata suspek dipercayai memasuki rumah mangsa berusia 68 tahun melalui pintu hadapan yang tidak berkunci.

PETALING JAYA: Bukan sahaja dirompak malah seorang wanita warga emas turut patah gigi dan tangan terseliuh selepas ditolak seorang lelaki dalam kejadian samun di Kampung Bukit Kenak, Jerteh, Besut.
Ketua Polis Besut, Abdul Rozak Muhammad, berkata dalam kejadian 7 pagi semalam, suspek dipercayai memasuki rumah mangsa berusia 68 tahun melalui pintu hadapan yang tidak berkunci.
Katanya, suspek yang juga penagih dadah menutup mulut mangsa dan menolaknya sehingga terjatuh menyebabkan warga emas itu patah gigi dan terseliuh tangan kanan.
“Suspek kemudian melarikan wang tunai RM2,150. Mangsa membuat laporan polis dan bertindak atas maklumat, sepasukan anggota menahan suspek berusia 30-an, tiga jam selepas kejadian.
“Polis turut merampas wang RM500 serta pil disyaki dadah. Ujian air…
