
PETALING JAYA: Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata, beliau belum berbincang dengan “top five” Umno berhubung tarikh pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Barisan pemimpin UMNO itu merujuk kepada Presiden Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden Mohamad Hasan serta tiga naib presiden, iaitu Mohamed Khaled Nordin, Mahdzir Khalid dan perdana menteri sendiri.
Katanya, selepas berbincang dengan pimpinan tertinggi Umno, barulah beliau akan berbincang dengan MCA, MIC dan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain, lapor Bernama.
BERITA LANJUT MENYUSUL