Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tourism Malaysia ucap tahniah atas pelantikan Manoharan

today26 February 2024

Background


Poster ucapan tahniah atas pelantikan Manoharan Periasamy di FB Tourism Malaysia.

PETALING JAYA: Tourism Malaysia mengucapkan tahniah atas pelantikan Manoharan Periasamy sebagai ketua pengarah baharu.

Ucapan itu dimuatkan di laman Facebook Tourism Malaysia, hari ini.

“Setinggi-tinggi tahniah Encik Manoharan Periasamy atas pelantikan sebagai ketua pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia,” katanya poster tersebut.

Ucapan tersebut dibuat oleh Lembaga Pengarah Pengurusan & Kakitangan.

Semakan di laman sesawang Tourism Malaysia menyatakan Manoharan merupakan pengarah kanan promosi antarabangsa bagi rantau Asia dan Afrika.

Sebelum ini, Lembaga Pengarah Tourism Malaysia menyokong penuh hala tuju Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya yang melakukan perubahan dalam Tourism Malaysia selepas ketua pengarahnya, Ammar Abd Ghapar, diturunkan pangkat kerana prestasi tidak memuaskan.

Dalam satu kenyataan, lembaga pengarah itu berkata terdapat keperluan untuk sektor pelancongan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post