
SHAH ALAM: Timbalan perdana menteri gesa dasar peperiksaan bagi Tahun 6 dan Tingkatan 3 dirombak, selepas difahamkan kebanyakan daripada lebih 10,000 yang tidak menduduki SPM tahun lalu tidak boleh membaca, menulis, atau mengira.
Zahid Hamidi berkata Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi menyedari punca 10,177 pelajar tidak menduduki Sijil Pelajaran Malaysia tahun lalu, dalam perbincangan dengannya sebelum ini.
“Kebanyakannya tidak boleh membaca, menulis dan mengira,” katanya dalam ucapan sempena Perhimpunan Agung MIC ke-78.
“Wajib dasar pendidikan yang tidak ada peperiksaan Darjah 6 dan Tingkatan 3, mesti ‘di-revamp’ (dirombak),” katanya.
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi murid Tahun 6 dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) diumum dimansuhkan sepenuhnya pada 2022 oleh menteri kanan pendidikan ketika itu, Mohd Radzi Md Jidin.
Ia digantikan…