

Kerajaan memberi jaminan bekalan tenaga negara kekal stabil meskipun berdepan ketidaktentuan global susulan konflik di Asia Barat, kata Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof.
Menurutnya, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah merangka pelan alternatif bagi memastikan kesinambungan bekalan minyak dan gas, jika laluan utama seperti Selat Hormuz terjejas.
“Setakat ini, bekalan tenaga negara masih pada tahap stabil hasil perancangan awal dan kepelbagaian sumber bekalan.
“Kerajaan terus menanggung subsidi bahan api yang besar bagi memastikan harga kekal stabil dan tidak membebankan rakyat, walaupun berdepan kenaikan harga pasaran global,” katanya pada Majlis Ramah Mesra anjuran Penghulu dan Ketua Masyarakat Parlimen Petra Jaya di sini.
Menteri peralihan tenaga dan…