Aliran trafik di lebuh raya utama dilaporkan masih tinggi dan perlahan setakat 10 malam tadi.

KUALA LUMPUR: Aliran trafik dilaporkan masih tinggi dan perlahan di lebuh raya utama setakat 10 malam tadi berikutan pertambahan kenderaan pada hari ketiga Aidilfitri.
Menurut jurucakap Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), di utara, aliran trafik tinggi ke arah selatan dari Kepala Batas ke Hutan Kampung, Alor Setar Utara ke Gurun, Sungai Petani Utara ke Bertam, dan Bukit Tambun ke Jawi.
“Selain itu, Bandar Baharu ke Sungai Perak, Simpang Pulai ke kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah, Hentian Ladang Bikam ke Sungkai, dan Tanjung Malim ke Rawang.
“Aliran trafik turut tinggi dan perlahan ke arah utara dari Tapah ke Simpang Pulai, Ipoh Utara ke Sungai Perak, Kuala Kangsar ke R&R Bukit Gantang, dan Changkat Jering ke Jawi,” katanya.
Sementara itu, LLM menerusi Twitter memaklumkan situasi trafik sama juga dilaporkan di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak arah ke Kuala Lumpur dari Karak ke…