Site icon Hot FM

Tragedi kepala air: Keluarga harap ‘keajaiban’ mangsa hilang selamat


Abang mangsa berkata, beliau bersama beberapa ahli kariah kampungnya akan ke Terengganu malam ini bagi membantu usaha mencari adiknya.

Seramai 10 mangsa, termasuk sembilan sekeluarga, dilapor dihanyutkan arus deras kepala air sewaktu berkelah di Jeram Air Putih pada Sabtu. (Gambar Bernama)

BATU PAHAT: Keluarga seorang mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih di Chukai, Terengganu, masih berharap Muhammad Fikri Saliman, 24, dapat pulang dengan selamat.

Abang mangsa, Shahrizal Saliman, 40, berkata walaupun adik bongsunya itu masih belum ditemui, mereka sekeluarga sentiasa mengharapkan keajaiban, dan terus setia menanti laporan daripada pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Shahrizal berkata, seluruh anggota keluarganya tidak menyangka kali terakhir bertemu Muhammad Fikri, yang mesra dengan gelaran ‘Adik’ itu, adalah ketika Hari Raya Aidiladha, Khamis lepas sekitar 8 pagi.

“Kalau adik ditemukan selamat dan masih hidup, syukur alhamdulillah dan kami menganggap itu adalah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version