Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tragedi Masjid India: Mangsa masih belum dapat dikesan

today23 August 2024

Background


Operasi mencari dan menyelamat malam ini diteruskan oleh unit skuba ke dalam suatu takungan sedalam 1.5m. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Wanita yang terjatuh ke dalam lubang benam sedalam 8m akibat tanah jerlus di Jalan Masjid India pagi tadi masih belum dapat dikesan, selepas operasi pencarian diperluaskan dengan jengkaut petang tadi.

Dalam pencarian petang tadi, bomba mengorek keliling suatu takungan milik Indah Water Konsortium (IWK), yang dibina dengan konkrit.

Selepas lebih 12 jam operasi mencari dan menyelamat dilancarkan, bomba memaklumkan ia diteruskan oleh unit skuba ke dalam takungan sedalam 1.5m itu.

“Sekiranya mangsa termasuk ke dalam saluran mungkin kita kena berhubung dengan IWK,” kata Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Nordin Pauzi kepada pemberita di lokasi.

Ditanya tentang kemungkinan mangsa dibawa arus, Nordin berkata pihaknya sedang mengkaji arus air dan diameter paip, maka tidak boleh membuat jangkaan awal.

“Dua penyelam bomba…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Syazwana Amir


Previous post