Menerusi video yang dimuat naik oleh @suraidahyacob78, kelihatan lori tersebut sedang bergerak menuju ke destinasinya.
Apa yang membuatkan ramai risau adalah apabila ia kelihatan seperti tidak mempunyai penghadang yang menghalang blok batu tersebut di setiap sudutnya.
Dalam klip yang sama, wanita itu turut meluahkan rasa takut apatah lagi ketika kenderaannya memintas kenderaan besar berkenaan.
“Adoi seriau lalu sebelah lori yang mcm ni. Dahlah kemain laju kau kan pastu bawak barang tak ada penghadang. Aiyoo I dunno physic kind of things, but it looks dangerous kan. Kau rasa?!” tulisnya.