Dua syarikat itu berkata dakwaan kecuaian oleh penumpang yang menyaman mereka perlu dibuktikan dengan ‘bukti kukuh’.

PETALING JAYA: Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) dan Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menafikan tuduhan kecuaian berhubung kemalangan di Laluan LRT Kelana Jaya pada 2021 yang menyebabkan 47 penumpang cedera.
Syarikat itu berkata demikian dalam pernyataan pembelaan, membalas saman difailkan lapan penumpang yang mendakwa kecederaan dialami mereka dalam kemalangan itu berpunca akibat kecuaian, lapor The Vibes.
Walaupun kedua-dua syarikat mengakui kemalangan itu berlaku, mereka menyatakan dakwaan kecuaian oleh plaintif perlu dibuktikan dengan “bukti kukuh”.
Plaintif terbabit ialah Tengku Amalie Tengku Alauddin Shah, 47, Marvena Jitol,…
