Baru-baru ini, pelakon cantik Eyka Farhana melakukan trend TikTok langgar bahu bersama pemain bola tempatan, Akhyar Rashid.
@misseyka.f1580 days 💗
Namun, tindakannya untuk membuat hantaran tersebut telah mengundang dakwaan bahawa dia bercuti bersama Akhyar dan ‘check in’ bilik asing-asing.
Difahamkan, trend tersebut sepatutnya menunjukkan ‘flashback’ pasangan yang telah berkahwin tetapi perkongsian video Eyka pula sebaliknya.
Ciapan tersebut juga telah menarik perhatian Eyka untuk memberi respons terhadap dakwaan tersebut.
“Ala jangan marah. Its just for fun. Chill,” ciap Eyka di Twitter.
Terdahulu, Eyka sering dikaitkan mempunyai hubungan cinta bersama pemain bola sepak itu dan video TikTok tersebut telah menguatkan lagi dakwaan bahawa mereka berdua sedang menjalinkan hubungan cinta.