Tambah Dr Dzulkefly, 63.1 peratus remaja dan 47.0 peratus dewasa telah mengambil gula melebihi saranan pemakanan di mana hampir separuh daripada jumlah itu berpunca daripada pengambilan minuman yang bergula.
Bagi dapatan lain seperti pengambilan garam pula, 75.9 peratus populasi dewasa mengambil garam melebihi saranan 5g sehari (1 sudu teh) iaitu sebanyak 1 setengah sudu teh garam (7.3 g).
“Semua diseru membudayakan hidup sihat, aktif, corak pemakanan dan kaedah masak yang baik, kerana diet bermula dengan masakan yang bagus.
“Jalani saringan pemakanan dan kesihatan percuma termasuk di Wellness Hub Kementerian Kesihatan,” katanya.
