
KUALA LUMPUR: Sistem e-pemfailan mangsa gangguan seksual kepada Tribunal bagi Antigangguan Seksual (TAGS) yang dibangunkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dijangka mula beroperasi tahun depan.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Noraini Ahmad berkata sistem itu akan memudahkan mangsa gangguan seksual di seluruh negara memfailkan aduan kepada TAGS dalam talian, mengambil kira kekangan geografi di Sabah dan Sarawak.
“Tribunal ini boleh bersidang pada bila-bila hari, masa dan tempat, sebagaimana ditentukan presiden (tribunal) dan kementerian turut melantik ahli tribunal dari Sabah dan Sarawak. Sekiranya ada aduan di negeri pantai timur, tribunal ini boleh bersidang di sana,” katanya pada sesi soal jawab Dewan Negara.
Beliau menjawab soalan tambahan Senator Anna Bell…