

Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di SK Batu Hampar bagi menempatkan 17 mangsa daripada lapan keluarga, susulan banjir melanda Kampung Sungai Rotan, Trong di daerah Larut, Matang dan Selama.
Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memaklumkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 5.40 petang tadi.
“Pemantauan awal di lokasi mendapati kejadian banjir berpunca daripada hujan lebat yang berterusan melebihi dua jam serta saliran parit kecil tersumbat dan tidak dapat menampung kapasiti aliran air.
“Keadaan air di sekitar Kampung Sungai Rotan dilaporkan masih berarus deras dengan paras ketinggian kira-kira 0.5 meter, namun menunjukkan trend menurun manakala cuaca di kawasan berkenaan dilaporkan mendung pada 6.21 petang tadi dan keadaan semasa masih hujan,” menurut kenyataan.
APM…