
PETALING JAYA: Noor Hanan Mohd Azman mula melukis untuk menenangkan jiwa dan fikiran bercelaru setelah disahkan doktor menghidapi skizofrenia. Kini ‘penawar’ itu turut menjadi sumber sara hidup beliau.
Kisah Hanan yang lebih dikenali sebagai Hanan Mikhael dalam kalangan pengikutnya, sebelum ini tular di media sosial selepas berkongsi pengembaraan secara solonya di Eropah selama dua tahun ketika bergelut dengan sakit skizofrenia dan bipolar.
Semasa ‘pengembaraan’ itu, beberapa kali wanita berumur 30an itu tergamak memikir mengambil nyawa sendiri, namun kekuatan mental membawa kesedaran untuk kembali ke tanah air bagi menjalani rawatan di Hospital Selayang, Kuala Lumpur.
Kini, keadaannya jauh lebih stabil dan selain mengambil ubat, Hanan turut melukis sebagai sumber ketenangan dan seterusnya…