
PARIS: Pemain perseorangan wanita negara Goh Jin Wei memulakan kempen sulungnya di Sukan Olimpik Paris 2024 dengan langkah kanan apabila mengatasi juara Sukan Afrika dua kali, Johanita Scholtz pada acara perseorangan Kumpulan H hari ini.
Pada aksi yang berlangsung di Porte de la Chapelle Arena, pemain berusia 24 tahun itu terpaksa berhempas pulas pada set pertama sebelum berjaya menemukan rentak pada set kedua, mencapai kemenangan 23-21, 21-11 ke atas pemain ranking 103 dunia itu.
Namun, Jin Wei, pemain No 32 dunia tidak berada dalam prestasi terbaiknya semasa perlawanan itu tanpa kehadiran jurulatihnya Nova Armada, dan akan berdepan ujian getir bertemu pemain ranking ke-17 dunia Kim Ga Eun dari Korea Selatan pada Rabu.
Justeru, pertemuan dengan lawan dari Korea itu akan menjadi penentu juara kumpulan.
Mengikut format pertandingan, hanya juara kumpulan…
