
PETALING JAYA: Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man mengambil tindakan undang-undang terhadap Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berhubung dakwaannya bahawa timbalan presiden PAS itu meluluskan projek bernilai RM2 bilion selepas Parlimen dibubarkan.
Berdasarkan surat tuntutan itu, Rafizi diminta untuk mengeluarkan satu draf permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari daripada tarikh surat itu dikeluarkan.
Mengikut laporan yang disiarkan portal rasmi PAS, Harakah Daily, surat tuntutan berkenaan telah diserahkan kepada Rafizi melalui firma guaman Yusfarizal Aziz & Zaid.
Beliau juga diminta untuk mengeluarkan satu aku janji bertulis untuk berhenti daripada menerbitkan atau menulis dan mengeluarkan kenyataan yang sama, juga dalam tempoh tujuh hari.
Pihak guaman yang mewakili Tuan Ibrahim juga mencadangkan satu…