Hot FM

Tuan tanah boleh didakwa jika penyewa sabit jenayah


serbuan di rumah
Pemilik hartanah dan pihak lain boleh berdepan tindakan undang-undang atas aktiviti jenayah yang berlaku di hartanah mereka. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Tuan tanah yang mengambil langkah berjaga-jaga munasabah untuk mencegah jenayah berlaku di hartanah disewakan mereka masih boleh berdepan liabiliti jenayah, bergantung kepada keadaan, kata seorang peguam.

Nizam Bashir berkata, walaupun pihak polis mungkin tidak menyasarkan tuan tanah yang bertindak atas niat baik, kemungkinan mereka didakwa tidak boleh diketepikan sepenuhnya.

“Jika tuan tanah gagal melakukan pemeriksaan latar belakang, mengabaikan tanda-tanda seperti kerap ada pelawat larut malam atau tidak menghiraukan aduan berhubung aktiviti haram, ini boleh dianggap kecuaian atau buta sengaja.

“Mengenakan liabiliti jenayah ke atas tuan tanah dalam keadaan ini, secara umum tidak kelihatan tidak munasabah,” katanya kepada FMT.

Komennya menyusul amaran Bukit Aman pada 5 Mac lalu bahawa pemilik hartanah, badan pengurusan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version