

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir batal pelantikan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negeri (exco) berkuat kuasa serta-merta.
Menurut kenyataan dikeluarkan Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan Azizi Mohamad Ali malam ini, keputusan itu dibuat selepas mendapati barisan exco terbabit telah memungkiri sumpah jawatan mereka.
Katanya, menurut Perkara XXXVIII(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959, ahli exco memegang jawatannya selagi diperkenan Yang Dipertuan Besar.
Mereka masing-masing mengangkat sumpah dan menandatangani ikrar taat setia pada 7 Ogos lepas, sebelum dilantik ke dalam exco Negeri Sembilan.
“Mereka telah berikrar taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia dan kepada Institusi Diraja, bersumpah melindungi dan…