Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tuanku Muhriz dijemput ke mesyuarat Majlis Raja-Raja, menurut laporan

today12 October 2026

Background


Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dilaporkan hanya akan menghadiri mesyuarat pra-Majlis Raja-Raja esok. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dijemput menghadiri mesyuarat Majlis Raja-Raja yang bermula esok, menurut laporan Straits Times Singapura.

Perkembangan itu dilihat sebagai pengiktirafan Raja-Raja Melayu terhadap kedudukan Tuanku Muhriz sebagai pemerintah Negeri Sembilan yang sah, ketika krisis institusi diraja negeri itu berlarutan sejak enam bulan lalu susulan pengisytiharan sepupunya, Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar, sebagai pemerintah baharu.

Menurut Straits Times, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang dijadual mempengerusikan mesyuarat itu mulai esok hingga 15 Okt, telah menjemput Tuanku Muhriz untuk hadir.

Tunku Nadzaruddin pula dikatakan beberapa kali berusaha mendapatkan jemputan ke mesyuarat berkenaan, termasuk menerusi Menteri Besar Negeri Sembilan Ismail Lasim.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

10 pemain bukan penghalang DPMM mara ke separuh akhir

Kuala Lumpur: Kepercayaan terhadap kemampuan pemain menjadi taruhan ketua jurulatih DPMM FC, Jamie McAllister untuk memastikan pasukannya terus menguasai permainan sebelum mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Piala FA selepas menewaskan KL City meskipun terpaksa beraksi dengan 10 pemain.

today12 October 2026