
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pulang ke tanah air malam ini dan berkata baginda akan kembali ke istana bagi menyelesaikan kemelut berhubung kedudukannya.
Ketika ditemui selepas tiba di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Dubai, baginda mengucapkan terima kasih atas sokongan diberikan kepadanya.
“(Saya) nak ucap terima kasih atas sokongan yang kuat,” titah baginda.
Ditanya sama ada baginda akan kembali ke istana, Tuanku Muhriz menjawab: “Balik istana, mana nak pergi lagi.”
Ketika ditanya sama ada kepulangannya bertujuan menyelesaikan masalah di istana, baginda berkata: “Ya, insya-Allah, insya-Allah. Terima kasih semua ya.”
Kepulangan baginda di tengah-tengah kemelut berhubung kedudukannya sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan semakin memuncak, dengan kira-kira…