KANGAR: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menjadi pemangku Raja Perlis selama empat bulan bermula 15 Mei lalu.
Istana Arau dalam kenyataan memaklumkan, ia berikutan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail akan menjalani pembedahan kaki minggu depan di Hospital Tuanku Fauziah dan kemudian akan melalui proses rehabilitasi.
“Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menyeru agar semua rakyat Perlis memberikan sokongan yang penuh kepada anakanda baginda, Tuanku Syed Faizuddin yang akan menggalas amanah sebagai Pemangku Raja Perlis bagi pihak baginda bermula pada 15 Mei 2024.
“Tempoh pemangkuan Tuanku Syed Faizuddin ialah untuk selama empat bulan ketika Tuanku Raja akan menjalani pembedahan kaki pada minggu hadapan di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar dan seterusnya melalui proses rehabilitasi selepas itu,” menurut kenyataan…