
KUALA LUMPUR: Empat jawatankuasa kerja akan ditubuhkan untuk menyokong Jawatankuasa Khas Kabinet dan Jawatankuasa Eksekutif Dasar Gaji Progresif melibatkan pembangunan dasar, pembangunan sistem, peningkatan kemahiran dan panduan kenaikan gaji tahunan.
Timbalan Menteri Ekonomi, Hanifah Hajar Taib, berkata semua jawatankuasa itu akan memperincikan mekanisme pelaksanaan Dasar Gaji Progresif bagi memastikan setiap program sejajar hala tuju dan strategi ditetapkan.
“Ini termasuk memperincikan panduan kenaikan gaji, mekanisme kawal selia pemberian insentif dan pengauditan,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 bagi kementerian itu di Dewan Negara hari ini.
Dasar Gaji Progresif akan dimulakan secara rintis pada Jun 2024 melibatkan 1,000 syarikat dengan peruntukan tidak melebihi…
