

Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi berkata kerajaan perlu menubuhkan badan khas bagi memantau perbelanjaan pembangunan yang diperuntukan kepada semua kementerian dalam Belanjawan 2027.
Bekas Ahli Parlimen Batu Pahat itu berkata, badan khas boleh memantau supaya tidak berulang kes kementerian berbelanja lebih dan juga yang kurang berbelanja sehingga ada duit dipulangkan kepada perbendaharaan dihujung tahun.
Beliau memetik pendedahan Perbendaharaan bahawa Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) konsisten berbelanja lebih daripada peruntukan sehingga ramai kontraktor tidak mendapat bayaran walaupun kerja sudah siap.
Puad yang pernah menjadi timbalan menteri pendidikan dari 2009 hingga 2013 berkata beliau terkejut apabila mendapati Kementerian…