
KUALA LUMPUR: Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta) mencadangkan kerajaan untuk menubuhkan Dana Wawasan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang diterajui syarikat berkaitan kerajaan dengan pembiayaan awal sebanyak RM1 bilion.
Presidennya William Ng berkata dana itu boleh digunakan untuk melabur dalam tawaran awam permulaan (IPO) baharu dengan saiz tiket RM50,000 sehingga RM1 juta setiap syarikat berdasarkan kriteria yang diputuskan oleh pengurus dana.
“Ini akan memberi keyakinan kepada PKS untuk disenaraikan kerana ia mampu membantu penilaian harga saham syarikat, sambil memberi peluang kepada rakan kongsi dana yang mengambil bahagian untuk memanfaatkan sektor PKS,” katanya dalam kenyataan.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan pelancaran Pelan Hala Tuju 5…