Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tubuh jawatankuasa khas tangani jenayah eksploitasi kanak-kanak

today13 September 2024

Background


Kelmarin, polis menyerbu 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan dan berjaya menyelamatkan 402 kanak-kanak berusia setahun hingga 17 tahun dipercayai mangsa eksploitasi. (Gambar PDRM)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menggesa satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi mengatasi jenayah eksploitasi kanak-kanak susulan kejayaan polis menyelamatkan 402 mangsa di 20 rumah amal milik Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISBH).

Pesuruhjaya Kanak-Kanak, Farah Nini Dusuki, berkata pihaknya mahu polis memaklumkan hasil siasatan dan tindakan yang telah diambil terhadap 41 laporan dibuat ke atas GISBH sejak 2011 hingga 7 Sept lalu.

Katanya, Suhakam juga menggesa proses pengendalian mangsa kanak-kanak termasuk siasatan terhadap pemerolehan bukti jenayah terhadap pemangsa dilaksanakan mengikut prosedur sewajarnya yang bersifat mesra kanak-kanak.

“Selain itu, rawatan kaunseling dan psikologi terhadap mangsa kanak-kanak perlu dipastikan dapat membantu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post