
PETALING JAYA: Seorang bekas menteri menggesa Anwar Ibrahim yang baru dilantik sebagai perdana menteri menubuhkan suruhanjaya kebenaran dan perdamaian untuk menangani rasuah serta ketidakadilan.
Baru Bian berkata, model suruhanjaya itu boleh mencontohi badan serupa di Afrika Selatan.
“Ini adalah langkah positif dalam perjalanan kita ke hadapan,” katanya dalam kenyataan.
Suruhanjaya kebenaran dan perdamaian adalah badan seperti mahkamah yang ditubuhkan pada 1996 selepas tamatnya era apartheid di Afrika Selatan.
Badan itu diberi kuasa oleh Presiden ketika itu, Nelson Mandela dan dipengerusikan biskop Desmond Tutu.
Selain rasuah dan masalah ekonomi yang dihadapi rakyat, Baru berkata, jurang yang memisahkan rakyat berbilang kaum dan agama membimbangkan.
Bekas menteri kerja raya itu berkata, perpaduan dan keharmonian rakyat terjejas akibat ahli…