
PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim wajar menubuhkan pasukan tindakan yang mampu menghapuskan pita merah dan memastikan projek-projek dilaksanakan secara berkesan, kata bekas penasihat ekonomi kerajaan.
Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Noor Azlan Ghazali berkata, semakan menyeluruh terhadap “birokrasi rumit” kerajaan perlu dilakukan segera, dan paling penting adalah supaya pasukan petugas ini melaporkan secara terus kepada Anwar.
“Pelaksanaan yang berkesan perlu bersifat transformatif, rentas kementerian. Tiada cabaran merupakan milik mutlak satu kementerian sahaja.
“Penyusunan semula jentera kerajaan yang membolehkan koordinasi pelaksanaan yang berkesan diperlukan,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Beliau berkata, pasukan tindakan berdedikasi yang melapor terus kepada perdana menteri diperlukan, dengan pelaksanaan…