Hot FM

Tuding jari kepada DAP takkan selesai perpecahan politik Melayu


pas bantah dap

Satu naratif lapuk dan murahan kini merajai pentas kempen serta media sosial di Malaysia: bahawa perpecahan Melayu adalah kesalahan mutlak DAP. Walaupun retorik ini amat ampuh untuk menghasut pengundi melalui sentimen ketakutan, ia sebenarnya dibina di atas asas yang rapuh. Menyalahkan DAP hanyalah satu helah yang sengaja dicipta bagi mengaburkan punca sebenar krisis politik Melayu.

Hakikatnya, polarisasi parah dalam komuniti Melayu bukan berpunca daripada ancaman luar. Ia adalah impak langsung daripada persengketaan dalaman, pertembungan ego yang rakus, dan evolusi sosioekonomi. DAP tidak memecahbelahkan politik Melayu; parti itu sekadar dijadikan momokan dan perisai politik setiap kali retaknya konsensus dalaman masyarakat.

Menyingkap lembaran sejarah, setiap krisis besar dalam institusi politik Melayu berakar umbi daripada perebutan kuasa sesama sendiri, bukannya sabotaj luar. Krisis Umno 1987 yang penuh jerit-perih — pertembungan sengit antara Dr Mahathir Mohamad dan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version