Hot FM

TUDM kenal pasti identiti 2 juruterbang pesawat Hawk



Kedua-dua juruterbang telah berkahwin dan keluarga telah dimaklumkan mengenai insiden tersebut, menurut Markas Tentera Udara. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Identiti dua juruterbang yang terbabit dalam nahas pesawat Hawk 108 di Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang, malam tadi, dikenal pasti menurut Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Menerusi kenyataan, Markas Tentera Udara memaklumkan dua juruterbang berkenaan dikenali sebagai Mohamad Affendi Bustamy, yang meninggal dunia dalam nahas itu, manakala Mohd Fareez Omar mengalami kecederaan dan sedang dirawat.

Fareez berada dalam keadaan stabil dan kini menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.

“Kedua-dua juruterbang telah berkahwin dan keluarga telah dimaklumkan mengenai insiden tersebut dan TUDM akan memastikan urusan kebajikan keluarga mangsa diutamakan.

“Semua pihak diminta agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau sebarang berita yang tidak sahih. TUDM akan menubuhkan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version