Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

TUDM, MetMalaysia mula operasi pembenihan awan di P Pinang

today2 May 2023

Background


Empat tangki bancuhan larutan garam dengan muatan 1,500L setiap tangki disediakan untuk pembenihan awan di Empangan Teluk Bahang serta Empangan Teluk Air Itam.

TUDM berkata pesawat angkut C130H digunakan untuk operasi pembenihan awan sehingga Khamis ini. (Gambar bernama)

KUALA LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjalankan operasi pembenihan awan di kawasan tadahan Empangan Teluk Bahang serta Empangan Teluk Air Itam, Pulau Pinang bermula hari ini.

TUDM dalam kenyataan memaklumkan operasi dijangka berlarutan hingga Khamis ini yang turut melibatkan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan kerajaan Pulau Pinang.

Menurut TUDM, operasi bermula 11 pagi melibatkan penyediaan empat tangki bancuhan larutan garam dengan muatan 1,500L bagi setiap tangki.

“Setelah mengambil masa lebih kurang tiga jam penyediaan bancuhan, keempat-empat tangki ini dimasukkan ke dalam pesawat angkut C130H oleh anak kapal 20 Skuadron,”…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post