
PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah Sanusi Nor ‘berahsia’ bila beliau akan melaporkan dakwaan banyak projek di negeri itu tergendala kerana tiada ‘pelincir’ atau rasuah diberikan kepada ahli PKR dan DAP.
Menyahut ‘cabaran’ Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli supaya dakwaan itu dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Sanusi berkata ia akan dibuat apabila ‘tiba masanya’.
“Bagi galak (seronok) dulu, terkinja-kinja, lompat-lompat, dan terjun telaga apa dahulu (dan) selepas itu saya (akan) buat laporan.
“Kalau saya (buat) laporan sekarang, (maka) mereka tidak akan kenalah,” katanya menurut Sinar Harian.
Sanusi yang juga pengarah pilihan raya Perikatan Nasional (PN) dipetik media mendakwa banyak projek tergendala di Kedah tergendala disebabkan tiada ‘pelincir’ atau rasuah diberikan kepada wakil PKR dan…