
KUALA LUMPUR: Dakwaan bahawa Peguam Negara sebagai pendakwa raya, yang kadangkala tidak membenarkan pendakwaan dibuat terhadap mereka yang melakukan pencemaran sungai dan udara adalah tidak berasas, kata Mas Ermieyati Samsudin.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) berkata, ini kerana sesuatu pendakwaan dikenakan terhadap suspek di mahkamah adalah bergantung kepada hasil siasatan kes.
“Bagi mengendalikan pendakwaan terhadap pihak-pihak yang mencemarkan sungai dan udara, di bawah Seksyen 44 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 125), izin pendakwaan mestilah diperoleh terlebih dahulu daripada pendakwa raya.
“Arahan pertuduhan hanya akan dikeluarkan setelah pendakwa raya berpuas hati bahawa segala keterangan dalam kertas siasatan adalah mencukupi bagi…