
IPOH: Merakyatkan pendidikan dengan memberi tuisyen percuma menerusi inisiatif Tuisyen Cikgu Saarani yang akan diperluaskan di setiap DUN, antara ikrar BN Perak pada PRU15.
Pengerusi BN Perak Saarani Mohamad turut mengumumkan bantuan kewangan sebanyak RM1,000 secara one-off kepada anak tempatan yang sedang mengambil ijazah sarjana muda dan bantuan RM500 one-off kepada mahasiswa diploma.
Beliau berkata, BN Perak juga akan membangunkan agenda “1 warga 1 skill” dengan mewujudkan Majlis TVET Perak serta penubuhan konsortium pembangunan kemahiran profesional.
Selain itu, Saarani yang juga ketua Umno Perak berkata BN berikrar untuk memperkasakan sistem asuhan dan pendidikan awal nasional percuma kepada kanak-kanak enam tahun dan ke bawah, yang telah diumumkan BN pusat semalam.
Dalam pada itu, bagi memastikan kemudahan awam…