

Pihak pengurusan aplikasi navigasi, Tuju, memohon maaf kepada pengguna yang mengalami gangguan pada fungsi navigasi sejak beberapa hari lalu.
Katanya, Tuju mengambil serius kesulitan yang dialami, serta menghargai pandangan dan teguran pengguna terhadap perkhidmatan Tuju.
“Pasukan teknikal kami sedang melaksanakan kerja pemulihan dan penambahbaikan yang disasarkan selesai selewat-lewatnya pada 6 Nov,” menurut kenyataan.
“Keutamaan kami adalah memastikan fungsi navigasi kembali beroperasi dengan stabil dan lancar serta memenuhi keperluan perjalanan pengguna.”
Katanya, setiap laporan dan maklum balas membantu TuJu mengenal pasti masalah serta melaksanakan penambahbaikan yang diperlukan.
“Kami akan memaklumkan perkembangan kerja pemulihan melalui saluran rasmi TuJu. Ketika ini, fungsi lain dalam aplikasi kekal boleh digunakan…