
ALOR SETAR: Seorang tukang sapu didenda RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen atas empat pertuduhan menyebar serta menjual kandungan lucah yang memaparkan kegiatan seks secara berkumpulan dan bertukar-tukar pasangan, atau swinger, dari bulan Januari hingga Februari lalu.
Hakim Mazdi Abdul Hamid menjatuhi hukuman itu selepas Kamarulnazri Desa @ Yahaya, 45, mengaku bersalah.
Mahkamah juga mengarahkan tertuduh dipenjara enam bulan bagi setiap kesalahan sekiranya tertuduh gagal membayar denda tersebut.
Dia didakwa menggunakan aplikasi X untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi iaitu video yang sumbang sifatnya dengan niat menyakitkan hati orang lain pada 26 Jan dan 4 Feb lepas mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia…