
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki memandu secara melulu hingga menyebabkan empat sekeluarga yang menaiki motosikal terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Sungai Besi, di sini tengah hari semalam.
Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, lelaki berusia 21 tahun yang memandu kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger dari arah Sungai Besi ke Balakong menukar lorong secara tiba-tiba dan melanggar motosikal yang dinaiki empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak perempuan.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur Sarifudin Mohd Salleh berkata akibat kejadian itu, semua mangsa yang berusia lima hingga 34 tahun cedera ringan dan mendapatkan rawatan di Hospital Serdang, di sini.
“Laporan polis telah dibuat oleh kedua-dua pihak…