
BATU PAHAT: Polis mengesahkan beberapa tulang yang ditemui di kawasan rumah terbiar di Tongkang Pechah di sini pada 28 Feb lepas milik mangsa bunuh, Mila Sharmila Samsusah, dikenali sebagai Bella.
Pemangku Ketua Polis Batu Pahat Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, perkara tersebut disahkan Jabatan Kimia Johor melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
“Ujian berkenaan mendapati (DNA) sepadan dengan tulang yang ditemui semasa awal proses siasatan kes pembunuhan Bella,” katanya dalam kenyataan.
“Pihak Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru telah dimaklumkan berkaitan keputusan itu bagi membolehkan waris Bella menuntut tulang tersebut.”
Sementara itu, kakak mangsa, Norhisham Samsusah ketika dihubungi menzahirkan kesyukuran kerana tulang arwah adiknya itu dapat…