Menurut ibu Dhia, kanak-kanak berusia tujuh tahun itu dilahirkan secara pramatang normal. Walau bagaimanapun, selepas Dhia berumur dua tahun lebih baru mereka diberitahu bahawa Dhia tidak boleh berjalan seperti kanak-kanak lain.
“Dhia jalan berjingkit. Tapi dia tak pakai wheelchair sebab boleh jalan tapi lambat sikit je. Kalau berlari dia laju.
“Dulu tak boleh jalan langsung, lepas bawak rawatan dekat Perak, Alhamdulillah kakak dah boleh berjalan, duduk bersila. Banyak perubahan dia,” katanya.