Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tular ayam goreng kunyit RM20, peniaga Langkawi diberi notis

today15 January 2024

Background


Tular seorang pelanggan menyatakan rasa tidak puas hati apabila dikenakan RM20 untuk sepinggan hidangan ayam goreng kunyit. (Gambar Facebook)

ALOR SETAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengeluarkan notis pengesahan maklumat barangan (NPMB) terhadap seorang peniaga makanan didakwa menjual ayam goreng kunyit pada harga RM20 sepinggan di premisnya di Pantai Chenang, Langkawi.

Pengarah KPDN Kedah Affendi Rajini Kanth, berkata notis tersebut dikeluarkan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, hari ini dan peniaga terbabit perlu mengemukakan maklumat berhubung penyediaan hidangan makanan itu dalam masa dua hari bekerja.

“KPDN telah mengesan hantaran yang tular di media sosial berkenaan perkara itu yang melibatkan sebuah kedai makan di Jalan Pantai Chenang, Langkawi.

“Siasatan telah dijalankan di premis yang diadu, (pegawai penguatkuasaan) telah berjumpa dengan pemilik premis…pemeriksaan menyeluruh di dalam premis mendapati…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post