Menurut Hana, dia mula belajar berbahasa Inggeris sejak umurnya lima tahun kerana banyak melihat internet.
“Saya belajar bahasa Inggeris dari YouTube dan TikTok. Masa saya kecil, saya cuma tahu Bahasa Melayu saja. Satu hari, saya terjumpa video English.
“Jadi, saya dengar banyak kali dan belajar beberapa perkataan. Bila saya masuk sekolah, saya mudah berkawan bila pandai berbahasa Inggeris,” katanya.