Terasa nikmat betul bila sekali-sekala dapat makan durian kampung. Apatah lagi bagi mereka yang mempunyai kebun di kampung, memang puas dapat makan berulas-ulas bila tiba musim raja buah ini.
Baru-baru ini. tular sebuah video di TikTok memaparkan gelagat seorang opah menggunakan dron untuk memantau kebun duriannya.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @sitimuzainahmarju (TikTok), opah itu juga mengatakan dia menggunakan dron untuk pengurusan data atau data management kebunnya memandangkan zaman sekarang sudah moden.
“Opah pegang drone, udah moden sekarang. Opah kaji kebun, data management. Kome tau dak, sekarang doyan Perak Tengah udah luruh. Kome nak doyan apa? Doyan paduka, kucing tidur, doyan kunyit? Semua ada,” katanya.
