Ia adalah menu yang mudah untuk didapati di mana-mana sahaja dan semestinya sangat sedap!
Baru-baru ini, tular pula sebuah gerai nasi ayam di Kuching, Sarawak yang menggunakan konsep flight untuk menunya.
Menerusi hantaran di Facebook 126 Laksa, kelihatan salah seorang pekerja di gerai nasi ayam itu turut memakai kostum juruterbang.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah nama menunya yang menggunakan konsep kapal terbang seperti ‘economy class’, ‘flight + hotel’, ‘curry delay’ dan macam-macam lagi.