Site icon Hot FM

Tular Kedai Runcit ‘Legend’ Di Batu Kurau, Duit Syiling 4 Tingkat Jadi Tarikan Pengunjung


Menerusi video yang dimuat naik oleh @hazwanhfiz di laman X, kelihatan keadaan di dalam kedai runcit itu sangat teratur.

Difahamkan, ia dibuka 24 jam sehari dan 365 hari setahun. Bermakna, kedai runcit tersebut tidak pernah ditutup. Malah, ia tidak pernah berkunci.

Bukan itu saja, apa yang lebih menarik perhatian adalah terdapat bekas duit syiling setinggi empat tingkat yang dikatakan nilainya hampir mencecah hampir RM100,000.

“Orang Batu Kurau panggil ‘Kedai Mat Sabu’. Masuk kedai runcit dia, mata lebih tertarik dengan duit syiling 4 tingkat di tepi meja.

“Dulu duit syiling letak dalam bakul raga ja. Tokey pesan siapa boleh angkat bakul duit syling ni, boleh bawa balik.

La ni nohh dah 4 tingkat.

“Ada orang tanya tak takut ka kena rompak duit banyak-banyak tu?

Silakan masuk rompak kalau anda berani. Silap-silap tak keluar kedai la.
Tokey bukan kosong,” katanya.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version