
MELAKA: Sebuah restoran mamak di Jalan Hang Tuah diarahkan tutup selama dua minggu kerana beroperasi dalam persekitaran kotor.
Timbalan Pengarah Kesihatan (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) Jabatan Kesihatan Melaka, Dorothy Dayang Henry Sum, berkata arahan penutupan selama 14 hari bermula petang semalam dikeluarkan selepas pihaknya melakukan pemeriksaan mengejut susulan aduan orang ramai.
Beliau berkata, serbuan juga dilakukan berikutan video tular berdurasi 21 saat yang memaparkan seorang pekerja restoran terbabit kencing secara terbuka di longkang di belakang premis menjual makanan berkenaan.
“Hasil pemeriksaan kita turut keluarkan empat notis kompaun bernilai keseluruhan RM1,500 atas pelbagai kesalahan. Premis diarahkan tutup bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 kerana tidak bersih, selain premis ini juga memperoleh markah 64% ke bawah hasil penilaian…
