Hot FM

Tular pukul warga emas, pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500


warga emas dipukul
Rakaman video memaparkan warga emas dipukul di rumah kebajikan yang tular di media sosial.

PETALING JAYA: Pengurus rumah kebajikan dikenakan denda RM4,500 atau tiga bulan penjara jika gagal membayar denda selepas mengaku salah di Mahkamah Majistret Kulim.

Majistret Jamaliah Abd Manap menjatuhkan hukuman itu terhadap L Vignesvari, 36, yang membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil.

Wanita itu didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada P Tharmalingan, 69, dengan menggunakan kayu di sebuah rumah di Taman Desa Aman, Sungai Karangan, dekat sini lebih kurang 3 petang, 22 April.

Vignesvari dituduh mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebatan atau dengan mana-mana dua daripada hukuman-hukuman itu.

Terdahulu, peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Suhailah Ahmad yang mewakili tertuduh memohon anak guamnya dikenakan hukuman ringan berbentuk pengajaran…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version