Menerusi video yang dimuat naik oleh @abangterbang, kelihatan dia sedang membuat sekeping roti canai di warungnya.
Apa yang menarik perhatian adalah, dia bukan menebar roti canai itu seperti biasa. Tetapi, dia membuat bentuk seekor biawak dan siap meletakkan dua biji telur di tepinya.
Ternyata, rupa roti canai itu memang seperti seekor biawak apabila diletakkan di atas pinggan dan telah mengundang pelbagai spekulasi daripada netizen.