Menerusi video berkenaan, kelihatan beberapa buah keluarga sedang bermandi-manda di kepala air sungai dengan seronoknya.
Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila aliran air dilihat begitu deras dengan sekelip mata. Ada sesetengah orang yang sempat menyelamatkan diri mereka. Namun begitu, malangnya ada juga yang telah dihanyut air sungai.
Kelihatan juga seorang lelaki yang berbaju putih tidak sempat untuk pergi ke kawasan yang lebih selamat sehinggakan dia perlu menahan diri daripada dihanyut oleh air sungai yang deras di atas batu.
Menerusi laporan sumber, pada awalnya hanya hujan renyai-renyai di kawasan tersebut. Malangnya, tiada siapa akan menyangka air akan menjadi coklat seperti bencana banjir. Selepas dua minit kemudian, hujan mulai turun di kawasan itu.
Tragedi berkenaan telah mengakibatkan dua orang pemuda yang berumur 17 tahun dan 7 tahun terkorban. Seorang lagi yang dipercayai ibu mereka telah hilang dihanyut.
Lihat video sambungan penuh itu di bawah: