Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai tindakan kira-kira 100 orang pelarian etnik Rohingya yang berkumpul secara beramai-ramai di hadapan pejabat Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM) di Pekanbaru, Indonesia.
Perhimpunan yang berlangsung pada Isnin lalu (19 Januari 2026) itu melibatkan lelaki, wanita, dan kanak-kanak yang turun ke jalanan demi menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap bantuan yang diterima.
