Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tular wanita bersalin dalam kereta, JKNPP lakukan siasatan dalaman

today31 December 2021

Background



JKNPP mengesahkan wanita itu mendapat rawatan di hospital berkenaan dan dibenarkan pulang dengan nasihat doktor.

PETALING JAYA: Jabatan Kesihatan Pulau Pinang (JKNPP) memulakan siasatan dalaman susulan tular di media sosial mengenai seorang wanita yang melahirkan bayi dalam kereta selepas dikatakan diminta pulang oleh pihak hospital walaupun menunjukkan tanda-tanda mahu bersalin.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Ma’arof Sudin dalam kenyataan berkata, siasatan bertujuan untuk menambah baik penyampaian perkhidmatan kesihatan dan perubatan kepada semua lapisan masyarakat.

“Merujuk kepada kenyataan tular di media sosial berkenaan bayi dilahirkan dalam kereta selepas pesakit mendapat rawatan awal di Hospital Seberang Jaya (HSJ) pada 27 Disember lalu, kami mengesahkan pesakit mendapat rawatan di hospital berkenaan.

“Pemeriksaan juga mendapati wanita itu mempunyai tanda-tanda kelahiran peringkat awal, dia kemudian dibenarkan pulang dengan nasihat doktor,”…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post